Sunday 31 January 2016

Sambutan Maulidur Rasul 2016

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, Majlis Maulidur Rasul dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Selawat dan Salam buat Rasul junjungan. Semoga sambutan MaulidurRasul ini dapat mengeratkan lagi ukhwah di kalangan guru dan pelajar serta masyarakat sekitarnya.




Tuesday 26 January 2016

Majlis Perpisahan Cikgu Che Aziz bin Che Yusof

Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan di dalam peti
Kalau ada Silap dan salah
Harap tuan dapat maafi

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan



Sunday 10 January 2016

Majlis Pelancaran Amalan Guru Penyayang 2016 & Anugerah 100% Kehadiran 2015


Bismillahirrahmanirrahim, selawat dan salam buat junjungan Rasulullah SAW,
Alhamdulillah, Majlis Pelancaran Amalan Guru Penyayang 2016 & Anugerah 100% Kehadiran 2015 selamat disempurnakan oleh Pengetua SMK Ayer Baloi Puan Hajah Rohani bt A.Manaf pada 10 Januari 2016 di Dewan Seri Bestari anjuran Unit Bimbingan kaunseling dan Unit HEM.




Tuesday 5 January 2016

WELCOME 2016 (MINGGU ORIENTASI TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4)

Alhamdulillah, 3 dan 4 Januari 2016, tarikh permulaan sekolah bagi tahun baru 2016. dan sudah semestinya bagi pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4, ini merupakan perkara baru bagi mereka. Syabas dan tahniah kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang banyak berkerja sama sepanjang Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.