Friday 25 November 2016

DETIK PERPISAHAN KEDUA DUA GURU YANG BERPENCEN TAHUN INI DAN GURU BERPINDAH KE KELANTAN



Yang patah pastikan tumbuh,
Yang hilang pastikan berganti
Namun yang tumbuh dan yang berganti takkan sama dengan yang patah dan yang hilang..
Namun pemergianmu sahabat sahabatku, kami iringi dengan doa agar kalian selamat dan sejahtera, bahagia selamanya.. Amiiin
Pn Hjh Norhayati Mahbab
Pn Low Chor Siang
Pn Hjh Shahriah bt Mohd Ali
Kalian ibarat lilin membakar diri
Jasamu pasti diingati dan senantiasa dirindui
Tahniah dan Selamat Maju Jaya
Panjang Umur kita berjumpa dilain masa










Tuesday 8 November 2016

Majlis Persaraan Pn Hjh Nor Hayati Mahbab dan Pn Low Chor Siang

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Kalau ada jaarum yang patah
Jangan disimpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Haraplah puan dapat maafi

Pn Hajah Nor Hayati Mahbab dan Pn Low Chor Siang
Dua nama yang banyak memberi sumbangan kepada SMK Ayer Baloi
Jasa dan sumbangan kedua-dua srikandi ini tidak terbalas dengan wang ringgit dan emas permata
Persaraan mereka berdua sesungguhnya amat mengharukan dan menyedihkan barisan guru-guru SMK Ayer Baloi, yang lama berkhidmat mahupun yang baru saja mengenali beliau
Kami, Warga SMK Ayer Baloi, mendoakan semoga kalian berdua diberi umur yang panjang dan kesihatan yang baik serta kebahagiaan yang berpanjangan.









Tuesday 1 November 2016

GPS BESTARI

http://anugerah.gpsbestari.com/mUndian/Mural-Paling-Kreatif/JEA6008/7fb2d8d6

Jom....sama-sama kita undi
SMK AYER BALOI...Dapat hadiah buku alangkah bestnya...

Jom....klik n vote kami...
MURAL PALING KREATIF SEKOLAH MENENGAH

Sunday 2 October 2016

HARI KELUARGA DAN JAMUAN MAKAN MALAM 2016

   Alhamdulillah, pada 30 September 2016, SMK Ayer Baloi dengan hasil kerja keras semua AJK KEBIRU berjaya dengan gemilangnya dalam menjayakan program Hari Keluarga 2016. Semoga ukhwah yang terjalin menjadi satu ikatan yang berkekalan hingga ke akhirnya.
 

















Wednesday 28 September 2016

Majlis Perpisahan En Zali dan Pn Rosliza

  Selmat Maju Jaya buat Guru Kaunseling Cg Mohd Zali dan Guru Kanan Bahasa Cg Rosliza bt Rahmat.
Sesungguhnya patah tumbuh hilang berganti namun kenangan yang indah pasti tidak dapat dilupakan.















MAJLIS SOLAT HAJAT PT3 DAN SPM 2016 DI MASJID AYER BALOI

 Alhamdulillah,pada 28 Sept 2016, program solat hajat PT3 dan SPM 2016 telah dilaksanakan dengan jayanya. Tahniah kepada semua AJK dan Bidang kerohanian atas kejayaan menjalankan majlis ini.. Semoga anak didik kita berjaya dengan cemerlang dalam PT3 dan SPM.




Sunday 25 September 2016

PERKAMPUNGAN MUTIARA BESTARI DI MERBAH RESORT

  Alhamdulillah. Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya pada 23 dan 24 Sept 2016, perkampungan Mutiara Bestari untuk 18 pelajar pt3 dan 20 pljr SPM berjaya dilaksanakan. Semoga pelajar-pelajar target ini berjaya dengan cemerlang dan gemilang. AAMIIIN