Friday 22 July 2016

Selamat Hari Raya !!!!

 Pada 21 hb Julai 2016, SMK Ayer Baloi telah menyambut Hari Raya Aidilfitri  dengan meriah walaupun serba sederhana. Alhamdulillah, kesyukuran dikongsi bersama-sama.



















Monday 18 July 2016

Anugerah Kecemerlangan Terbaik SPM (Peperiksaan Pertengahan Tahun)


Tahniah diucapkan kepada pelajar SPM 2016 yang berjaya mendapat keputusan cemerlang SPM untuk peperiksaan pertengahan tahun.



MSSD BOLA SEPAK - SMK AYER BALOI

   Pada 16 Julai 2016, pasukan Bola Sepak sekolah telah mewakili sekolah dalam perlawanan Bola Sepak peringkat MSSD. Antara guru yang terlibat ialah En Mohd Aziz Shah, En Mohd Amin Mazlan, En Rafiee Kamari dan En Razif Basri. Semoga kejayaan diperolehi pasukan sekolah. Amiiin







Majlis Khatam Al-Quran, majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawikh

       Alhamdulillah, pada 28 Jun 2016, Majlis Khatam Al-Quran, majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawikh telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama para Ustazah dan para Ustaz serta sambutan yang baik di kalangan pelajar dan guru-guru.
         Majlis yang bermula dengan Majlis Khatam Al-Quran, seterusnya sumbangan sekolah kepada pelajar fakir miskin dan anak yatim, berbuka puasa, dan seterusnya solat maghrib, solat Isyak berjemaah dan solat tarawikh berjemaah.
         Semoga ukhwah yang terjalin sentiasa berkekalan hingga ke akhirnya. Amiiin