Tuesday 28 June 2016

ANUGERAH KEHADIRAN 2016 100%

     Sekalung tahniah diucapkan buat kelas Tingkatan 2 Setia dan 3 Beta atas 100% kehadiran ke sekolah. Semoga kejayaan ini menjadi contoh buat kelas-kelas yang lain. Amin.




Tahniah Cg Razi bin Basri


                                           Kalau ada jarum yang patah,
                                           Jangan disimpan di dalam peti,
                                           Kalau ada silap dan salah
                                           harap tuan dapat maafi.

        Salam perpisahan buat Cg Razi bin Basri yang telah berpindah ke SMK Layang-layang, Simpang Renggam, Kluang, Johor.
        Cg Razi banyak mencurahkan bakti sebagai guru matapelajaran Sains Tingkatan 1, 2 dan 3. Beliau tidak jemu memberi tunjuk ajar bagi memastikan kecemerlangan sentiasa digenggam oleh pelajar-pelajarnya. Beliau juga banyak menyumbang bakti dalam menjayakan Bulan Sains dan Matematik dan Ketua Guru Penasihat Kelab Sains yang sangat proaktif. Namun, apakan daya...pemergian Cg Razi adalah satu kehilangan yang amat besar buat kami. Semoga kecemerlangan diteruskan di sekolah yang baru. Kami, warga SMK Ayer Baloi sentiasa mengingati Cg. Razi b. Basri dan kenanglah kami dalam doamu.
        Tahniah!!!!
        Semoga Berjaya!!!!


Tuesday 14 June 2016

Anugerah Kecemerlangan Terbaik SPM (Peperiksaan Pertengahan Tahun)


Tahniah diucapkan kepada pelajar SPM 2016 yang berjaya mendapat keputusan cemerlang SPM untuk peperiksaan pertengahan tahun.



KEM PENDIDIKAN MARIN PENGAKAP LAUT (28-30 MEI)

Pada 28-30 Mei, seramai 5 orang pelajar SMK Ayer Baloi dan seorang guru iaitu Pn Maznah binti Hj Mat Salleh telah mengikuti Kem Pendidikan Marin Pengakap Laut selama 3 hari. Tahniah kepada semua peserta dan guru.




Hari Kokurikulum 25 dan 26 Mei 2016

             Hari Kokurikulum berlangsung dengan meriahnya berkat kesungguhan para pelajar dan guru.
Objektif :
  • Memupuk semangat bersatu padu bekerja dalam satu kumpulan sama ada persatuan, kelab atau unit beruniform
  • Melahirkan murid yang berketrampilan serta mampu menjadi pemimpin yang berkaliber
  • Menggalakkan murid berusaha dalam aspek kepimpinan serta dapat memupukkan sikap disiplin yang tinggi.
  • Menjadikan murid-murid sebagai individu yang sentiasa bersifat inovatif dan kreatif dalam sebarang tugas yang diberikan.