Saturday 9 April 2016

Bermulanya Program Skor Jaya 2016

Hari ini sudah bermulanya Program Skor Jaya SPM Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Tasawwur Islam, dan Kimia. Semoga usaha murni para guru dapat meningkatkan lagi kecemerlangan keputusan SPM 2016. Amin...



Wednesday 6 April 2016

Latihan dan ceramah kebakaran SMK Ayer Baloi

      Pada 6 April 2016, latihan kebakaran telah dilaksanakan pada jam 8.40 pagi.  Pelajar-pelajar dan guru-guru berkerjasama baik sepanjang latihan diadakan. Terdapat 6 pelajar yang tiada di padang dan kemudiannya diusung kerana terlibat dalam kebakaran (lakonan pelajar tingkatan 3 Arif).




 
 













Sunday 3 April 2016

Pentauliahan Pengawas Pusat Sumber SMK Ayer Baloi dan Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia

Pada 3 April 2016, alhamdulillah, seramai 35 orang Pengawas PSS berjaya ditauliahkan dan pentauliahan telah selamat disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Pn Hajah Rohani bt A.Manaf.
Semoga pentauliahan ni memupuk semangat terus berusaha di kalangan pengawas PSS untuk berkerja keras bertugas sebagai pengawas PSS.
       Pentauliahan ini juga bertujuan mengiktiraf sumbangan Pengawas PSS kepada sekolah. Bagi Kem Membaca 1 Malaysia pula, kem ini bertujuan memupuk dan membudayakan amalan membaca dalam kalangan pelajar. Selain itu, kem ini juga bertujuan mempromosi serta mengoptimumkan fungsi Graha Pendeta Bestari sepanjang tahun 2016














Pelancaran Bulan Sains Dan Matematik

     Pada 30 Mac 2016, Majlis Perasmian Bulan Sains Dan Matematik telah selamat dirasmikan oleh Puan Pengetua, Pn Hjh Rohani Bt A.Manaf.
     Bulan Sains Dan Matematik diadakan adalah bertujuan menggalakkan murid terlibat secara aktif dalam aktiviti ko akademik. Bukan itu sahaja, aktiviti-aktiviti menarik dalam Bulan Sains dan Matematik diharapkan dapat meningkatkan minat dan mengembangkan bakat murid melalui aktiviti ko akademik malah menerapkan disiplin dan semangat kerjasama dalam aktiviti kelab dan persatuan serta setiap pertandingan yang diadakan.
     Mari!!!!!! Kita sertai semua aktiviti dalam Bulan Sains dan Matematik!!!



Mesyuarat PIBG kali ke- 31

Pada 26 Mac 2016, alhamdulillah, mesyuarat PIBG kali ke-31 telah selamat disempurnakan dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato'Sumali bin Haji Reduan, Pegawai Khas YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Malaysia.