Sunday 3 April 2016

Pelancaran Bulan Sains Dan Matematik

     Pada 30 Mac 2016, Majlis Perasmian Bulan Sains Dan Matematik telah selamat dirasmikan oleh Puan Pengetua, Pn Hjh Rohani Bt A.Manaf.
     Bulan Sains Dan Matematik diadakan adalah bertujuan menggalakkan murid terlibat secara aktif dalam aktiviti ko akademik. Bukan itu sahaja, aktiviti-aktiviti menarik dalam Bulan Sains dan Matematik diharapkan dapat meningkatkan minat dan mengembangkan bakat murid melalui aktiviti ko akademik malah menerapkan disiplin dan semangat kerjasama dalam aktiviti kelab dan persatuan serta setiap pertandingan yang diadakan.
     Mari!!!!!! Kita sertai semua aktiviti dalam Bulan Sains dan Matematik!!!



No comments:

Post a Comment