KATA ALUAN

ALU-ALUAN PENGETUA


 PN HJH ANDIK RADHIAH BINTI A.AZIZ
PENGETUA
SMK AYER BALOI


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, blog SMK Ayer Baloi (SMKAB) dapat dikemas kini semula.  Syabas dan tahniah kepada guru-guru yang terlibat.  Semoga maklumat yang dikongsikan di sini mampu memberikan info terkini demi menjana kejayaan yang lebih gemilang.  

Sistem pendidikan hari ini sentiasa diberi nafas baharu.  Perubahan yang melibatkan senario semasa perlu sentiasa diambil cakna oleh warga sekolah.  Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pendidikan digital menjadi antara aspek penting yang perlu dikuasai oleh warga sekolah.  Oleh hal yang demikian, warga pendidik SMKAB khususnya perlu berusaha menggali pelbagai sumber ilmu dan bergerak seiring untuk memastikan anak didik tidak ketinggalan mendapat manfaat yang sama. 
Saya berharap agar warga SMKAB dapat menjalankan amanah yang digalas dengan bersandarkan prinsip kerja yang mementingkan kebersamaan dalam apa-apa jua yang dilakukan sekali gus memastikan kemenjadian murid SMKAB seimbang, sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara, Negara Sejahtera. 

Sekian, terima kasih.



No comments:

Post a Comment