Friday 27 January 2017

MAJLIS SANJUNGAN BUDI DAN LAMBAIAN KASIH

    Pada 26 Jan 2017, suatu majlis yang penuh syahdu diadakan bagi meraikan tuan pengetua Puan Hjh Rohani bt A. Manaf yang akan berkhidmat di sekolah baru iaitu SMK Benut, Benut, Pontian Johor. Pemergian beliau amat dirasai dan merupakan kejutan kepada warga SMK Ayer Baloi ditambah lagi beliau sebelum ini bercuti kerana sakit kemalangan di kebun beliau selama dua minggu. Namun, apakan daya kami pasrah dan sentiasa mendoakan kejayaan dan kesihatan Puan Pengetua. Jasamu Dikenang.


KALAU ADA JARUM YANG PATAH
JANGAN DISIMPAN DI DALAM PETI
KALAU ADA SILAP DAN SALAH
HARAP PUAN DAPAT MAAFI