Thursday 9 March 2017

MESYUARAT PIBG KALI KE 31 2017

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 31 2017

SMK Ayer Baloi 9 Mac - Pada hari ini akan diadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke - 31 dan pelantikan AJK PIBG SMK Ayer Baloi Sesi 2017 - 2019 yang baru. Mesyuarat Agung Kali Ke - 31 ini akan diadakan serentak dengan Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2, 4 dan PT3 2016.
      Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Penyampaian Hadiah kali ini akan dirasmikan oleh YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Ahli Parlimen Pontian pada pukul 2.30 petang di Dewan Seri Bestari SMK Ayer Baloi. Semua ibu bapa dijemput hadir ke Mesyuarat Agung PIBG dan juga untuk memeriahkan Majlis Penyampaian Hadiah Tahun 2016.
     Dikesempatan ini diucapkan ribuan terima kasih kepada YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan, Tuan Pengetua SMK Ayer Baloi, Tuan Haji Ismail bin Rosdi, YDP PIBG, Tuan Haji Salehon bin Sengot, semua para jemputan tetamu, semua AJK PIBG SMK Ayer Baloi Sesi 2015 - 2017, semua guru SMK Ayer Baloi, semua para penyumbang Yayasan, semua penyumbang, semua ibu bapa dan semua warga SMK Ayer Baloi yang telah memberikan kerjasama untuk menjayakan Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Penyampaian Hadiah pada tahun ini.















No comments:

Post a Comment